Pada tahun 2015 pihak Jabatan di bawah nama Kumpulan HARUM MANIS @ ROS telah menghasilkan satu projek di bawah Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK).Projek ini tercetus apabila melihat pelanggan-pelanggan kebanyakkan setiausaha-setiausaha persatuan mengalami kesukaran mengunci masuk Penyata Tahunan di Makmal Komputer JPPM Perlis.Dengan melihat panduan sedia ada di dalam sistem eROSES pun tidak membantu kerana corak penyampaian sangat mendatar dan tidak berimej.
Kekangan masa dan tugasan kakitangan JPPM Perlis dalam membimbing persatuan turut menjadi faktor tercetusnya idea untuk menghasilkan takwim tersebut.Setelah mengalami beberapa proses uji cuba maka terciptalah suatu kaedah yang mesra pengguna dengan mengambil pendekatan imej bersama kenyataan maka terciptalah TAKWIM AL ZAHRA.Takwim ini sangat membantu persatuan yang hadir untuk mengisi Penyata Tahunan di dalam Makmal Komputer JPPM Perlis dan mendapat maklumbalas yang baik serta terdapat juga pihak yang ingin membeli dan memiliki takwim tersebut.
Memandangkan JPPM Perlis merupakan suatu organisasi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya maka pada tahun 2017 Takwim tersebut telah didigitalisasikan untuk pihak persatuan memilikinya.Hanya dengan melayari (https://alzahrajppmperlis.blogspot.my/) pihak persatuan dapat memiliki dan menggunakan panduan pengisian Penyata Tahunan tersebut.