KLINIK PENYATA TAHUNAN BIL.2 TAHUN 2017
TARIKH : 12 JULAI 2017 MASA : 9.30 PAGI - 11.00 PAGI
1.1 Program ini merupakan salah satu inisiatif dan pendekatan pihak JPPM Perlis bagi memberi pendedahan kepada pertubuhan terlibat mengenai keperluan menghantar Penyata Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan mengikut perlembagaan pertubuhan dan mengikut Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.
1.2 Berdasarkan statistik pengeluaran notis mengikut Seksyen 14(1) Peringatan Menghantar Penyata Tahunan Akta Pertubuhan 1966 kepada pertubuhan pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Beberapa pertubuhan didapati telah menerima notis secara berulang bagi tahun tersebut kerana kelewatan mengunci masuk dan tidak mengetahui cara untuk mengunci masuk penyata tahunan tersebut dengan betul dan tepat.
1.3 JPPM Perlis telah mengambil pendekatan dengan menganjurkan Klinik Penyata Tahunan secara berperingkat kepada pertubuhan induk dan cawangan di negeri Perlis yang telah menerima notis seksyen 14(1) bagi memberi panduan dan penerangan secara terus kepada pertubuhan tatacara dalam mengunci masuk penyata tahunan dengan betul.
Good Luck ROS PErlis..
ReplyDelete